Wednesday, July 28, 2010

Saturday, July 24, 2010

Hendak tengok filem.

Sekarang saya hendak tunjuk filem P.Ramli klasik tentang mencari cucu....


Friday, July 23, 2010

Permainan Tradisional

Di kelas Bahasa Melayu, Cikgu memperkenalkan kami kepada beberapa permainan tradisional.Cikgu menyediakan beberepa stesen untuk cuba mainkan permainan-permainan ini. Semasa kami bermain, cikgu bertanya dan menerangkan kosa kata yang sesuai untuk menerangkan cara permainan itu dimainkan.Kami mengambil gambar lalu menyediakan penyampaian berbentuk 'Photostory'.

Saya suka bermain permainan tradisional seperti chapteh,congkak,batu seremban dan gasing.
















Wednesday, July 21, 2010

Pantun nasihat

Dua tiga kucing berlari

Satu hilang marilah cari

Gunakanlah Bahasa Melayu setiap hari

Agar bangsa Melayu kekal dihormati

Monday, July 19, 2010

Bahasa Melayu. Gunakanlah.

Bahasa Melayu. Gunakanlah.

Kita harus gunakan Bahasa Melayu dengan baik kerana ia adalah lambang bangsa Melayu. Bahasa Melayu kaya dengan pengajaran tentang adat budaya dan sopan-santun orang Melayu.

Thursday, July 15, 2010

Silat



Silat merupakan seni mempertahankan diri. Saya mengikuti bengkel silat di sekolah.
Guru silat kami ialah Encik Kadir dan Encik Imran. Saya mengenal pasti tentang kosa kata bagi langkah-langkah silat.



Kata mereka, silat itu baik.

Monday, July 12, 2010

Pelakon Tentu Sekali Tidak

Saya berlakon dalam sebuah cerita yang berjudul 'Tentu Sekali Tidak'. Saya menjadi watak singa.


Cerita ini mengisahkan seekor singa yang sangat lapar. Singa menunggu binatang lain dan cuba menipu binatang-binatang itu agar masuk ke dalam sebuh periuk. Akhirnya, datang seekor monyet yang bijak. Apakah kesudahan cerita itu? Ikutilah.





Thursday, July 8, 2010

pantun


Indah sungguh ini bahasa,

Jangan ia dianiaya,

Apabila saya dewasa,

Saya pemain bola dunia.

Tuesday, July 6, 2010

Salam Sejahtera

Nama saya Martin Luth Iman. Umur saya sembilan tahun. Saya belajar di Sekolah Rendah Beacon. Hobi saya bermain bola sepak. Saya telah dipilih untuk berlatih bersama pemain-pemain di bawah lingkungan umur sepuluh tahun yang dikendalikan oleh FAS (Football Association Of Singapore).



Saya gemar Bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa yang indah. Nenek dan datuk selalu bercerita kepada saya tentang kisah hidup mereka semasa mereka kecil. Mereka menggunakan Bahasa Melayu semasa bercerita. Saya sangat teruja apabila mendengar cerita-cerita mereka.